Terdapat
pelbagai takrif terjemahan yang di berikan oleh orang yang terlibat dalam hal
ini. Catford mengatakan bahawa
penterjemahan ialah penggantian bahan
teks dalam satu bahasa ( BS ) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain
( BT ). Namun menurut Nababan, takrif ini lemah kerana seorang penterjemah
tidak akan mungkin dapat mengantikan teks
bahasa sumber dengan teks bahasa sasaran. Ini kerana struktur kedua- dua bahasa itu adalah bebeza antara
satu sama lain. Bahan teks bahasa sumber juga tidak dapat di gantikan dengan
bahan teks sasaran, bahkan dalam penterjemahan, di tekankan agar teks bahasa
sasaran tetap setia dengan isi teks bahasa sumber.
Dalam buku The
Theory and Practice of Translation, Nida dan Taber memebarikan takrif
penterjemahan seperti berikut “ Translating consists in reproducing in the
receptor language the closest natural equivalent of the source language
massage, first in terms of meaning and secondly in terms of style “. Takrif ini
menyarankan agar kita mencari padanan terjemah yang sehampir mungkin atau yang
paling sejadi dengan teks asal, pertamanya dari segi makna atau yang paling
sejadi dengan teks asal, pertamanya dari segi makna dan keduanya dari segi
gaya. Dalam buku ini juga, Nida dan Taber memperkenalkan konsep atau cara baru
menterjemah. Kita di sarankan agar lebih memberi tumpuan kepada respon atau tindakbalas pembaca
sasaran atau penerima masej. Ini bermakna, terjemahan boleh di katakan baik
sekiranya ia boleh di fahami dengan mudah oleh pembaca sasaran. Makna dan gaya
yang terdapat dalam teks sasaran juga hendaklah tidak menyimpang daripada gaya
dan makna yang terdapat dalam teks sumber. Oleh sebab itu, Nida mengemukakan
konsep ( the closest equivallent of the source language, first in terms in
meaning and secondly in terms of style ). Akan tetapi perlu di perhatikan agar padanan ini sesuai atau sepadan dengan
lenggok atau idiom bahasa sumber.
Selain itu,
takrif yang di kutip daripada Bell mengatakan Translation is the experession in
another language ( or target language ) of what has been expressed in another
source language, preserving semantic and stylisic equivalences. Mengikut takrif
ini, terjemahan ialah mengungkapkan semula semua perkara yang telah di
ungkapkan dalam bahasa sumber ke dalam bahasa lain atau kedua dengan memelihara dan mengekalkan padanan semantik
dan stalistik. Takrif ini juga menekankan aspek padanan bukan sahaja dari segi
semantik bahkan juga dari segi stilistik atau gaya.
Di samping itu,
takrif di kemukakan oleh Safa’khalusi yang juga turut menitikberatkan lafaz,
makna dan gaya. Dalam kenyataannya mengatakan :
الترجمة
فن جميل يعني بنقل ألفاط ومعان وأساليب من لغة الي أخري بحيث أن المتكلم باللغة
المترجم اليه ينبين بوضوح ويشعر بها
ققوة كما يتبينها ويشعر بها المتكلم باللغة الأصلية.
Takrif ini
mengatakan bahawa terjemahan ialah satu seni yang indah. Ia memindahkan
perkataan, makna dan gaya dari satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Dan
pembaca atau penerima teks sasaran hendaklah dapat memahami dan menghayati teks
itu dengan mudah dan jelas sebagaimana yang di nikmati oleh pembaca teks asal.
Jelas bahawa takrif yang di kemukakan oleh Khalusi ini berkaitan dengan
terjemahan sastera.
Daripada takrif yang di kemukakan
tadi dapatlah di simpulkan bahawa terdapat beberapa perkara penting yang perlu
di berikan perhatian iaitu terjemahan
melibatkan dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran, mesti ada teks
atau bahan yang akan di terjemahkan dan yang palinh penting ialah padanan
terjemah. Sebagai kesimpulannya boleh di
katakan bahawa terjemahan adalah satu proses. Ia melibatkan pengalihan pesan
atau mesej dengan padanan terjemahan yang paling wajar dan sesuai dalam bahasa
sasaran.
created by :
Haslina bt
Jaafar
No comments:
Post a Comment