Sunday, 15 June 2014

PROSES MENTERJEMAH



Seterusnya saya akan membincangkan serba sedikit mengenai proses2 menterjemah yang berlaku dalam bidang penterjemahan ini. Mengikut teori Nida dan Taber proses penterjemahan bermula dengan ada nya teks sumber yang ingin di terjemahkan kan kedalam bahasa yang lain.
Kemudian proses menganalisis berlaku, proses ini berlaku dalam fikiran  yang mana ina mengunakan kotak memori penterjemah dan juga kamus2 yang berada si pasaran. Semasa dalam proses ini si penterjemah perlulah mengetahui makna perkataan, ayat dan seluruh wacana yang ingin disampaikan oleh buku teks sumber tersebut. penterjemah perlulah menguasai sosiobudaya dan idealism yang terdapat dalam teks bahasa sumber tersebut
Seterusnya berlakulah proses pemindahan yang mana seorang penterjemah yang baik perlulah menyesuaikan dan mencari padanan terjemahan yang sesuai, sepadan dan sejati antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran.
Setelah itu teks yang baru perlulah di strukturkan semula mengikut struktur bahasa sasaran. Dalam proses ini gaya bahasa memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah kerana bahasa yang digunakan hendaklah dapat memudahkan pembaca teks sasaran memahami dengan baik apa yang telah di terjemahkan tersebut.
Proses memeriksa dan menyemak pula boleh dilakukan sendiri ataupun meminta orang-orang yang lebih arif dan tinggi ilmu nya menyemak teks terjemahan tersebut. dalam proses penyuntingan pula ia bukanlah satu proses yang penting, tetapi ia merupakan salah satu proses perapian untuk sesuatu teks terjemahan. Ini adalah kerana untuk mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks tersebut di terjemahkan oleh ramai orang dan juga untuk membuang bahan yang tidak perlu.
Kesimpulanya di sini semua proses2 penterjemahan perlulah dilakukan dengan selari agar hasil terjemahan lebih berkualiti dan memberi kesan yang di inginkan terhadap pembaca bahasa sasaran.

created by : 
Nurul Ain
 

No comments:

Post a Comment