a. Menterjemah
kata ganti nama pertama انا
dan نحن
Kata ganti namaأنا dalam bahasa Arab di
gunakan untuk mufrad dan di gunakan untuk lelaki dan perempuan. Kata ini
sepadan dengan saya, aku, beta, patik dan hamba dalam bahasa melayu. Kata ganti
nama saya di gunakan dalam situasi
rasmi. Manakala kata aku di gunakan dalam situasi tidak formal.
Contohnya seperti percakapan yang biasa di gunakan oleh 2 orang sahabat yang
rapat berbual. Dan kata beta pula di gunakan oleh raja atau sultan.
Kata نحن dalam bahasa Arab sepadan dengan
kami dan kita dalam bahasa melayu. Kata نحن di gunakan untuk jamak dan menunjukkan kepada lelaki dan
perempuan. Kata kami dan kita mempunyai sedikit perbezaan. Kata kami hanya
merujuk orang yang bercakap manakala
kita merujuk orang yang bercakap dan orang yang di lawan bercakap.
Seperti contoh untuk kita : “ kita mestilah
menghormati kedua ibu bapa kita
“. Dan untuk kami pula : “ kami akan pergi ke perpustakaan selepas makan nanti
! kata Ali dan Ammar kepada kawan-
kawannya “.
b. Menterjemah
kata ganti nama diri kedua (أنتَ , أنتِ ,
أنتما , أنتم dan أنتنَّ).
Kata ganti nama
diri kedua bahasa Arab diwakili oleh أَنْتَ (digunakan untuk
lelaki-tunggal), أَنْتِِ (digunakan untuk perempuan-tunggal), أَنْتُمَا (digunakan untuk lelaki
dan perempuan-duaan), أَنْتُمْ (digunakan untuk lelaki-jamak) dan أَنْتُنَّ (digunakan untuk
perempuan-jamak), manakala kata ganti nama diri kedua bahasa Melayunya pula
diwakili oleh awak, kamu, engkau, anda dan kalian. Yang berbeza di sini ialah
bahasa Arab mempunyai kata ganti nama yang khusus untuk merujuk jantina lelaki
dan perempuan, dan untuk merujuk konsep duaan dan jamak sedangkan bahasa Melayu
tidak ada itu semua. Sebaliknya, ia menggunakan bentuk yang sama, cuma ada
perkataan tertentu yang ditambah untuk menunjukkan dua atau jamak, atau lelaki
dan perempuan.
c. Menterjemah
Kata ganti nama ketiga
Kata ganti nama
bahasa Arab diwakili oleh هُوَ (lelaki-tunggal/mufrad),
هِيَ (perempuan-tunggal/mufrad), هُمَا (lelaki &
perempuan-dua), هُمْ (lelaki-jamak) dan هُنَّ (perempuan-jamak),
manakala kata ganti nama diri ketiga bahasa Melayu diwakili oleh dia, ia,
beliau dan mereka yang biasanya digunakan dalam suasana rasmi. Bentuk
singkatannya ialah –nya dan digunakan di hujung kata lain. Kata beliau biasanya
digunakan untuk merujuk kepada orang yang dihormati, seperti pemimpin, guru,
ketua, pegawai dan sebagainya. Seperti contoh : Mereka (lelaki) semua
mementingkan diri sendiri. Dalam ayat ini, kata ganti nama diri orang ketiga
yang ditemukan ialah هُمْ yang bersambung dengan perkataan كُلُّ , yang digunakan untuk
lelaki-jamak. Kata ganti nama ini diterjemahkan kepada mereka.
created by :
Haslina bt Jaafar
No comments:
Post a Comment