Untuk menjadi penterjemah tidak semudah yang di
sangka, mungkin ada di antara sesetengah orang berpendapat bahawa hanya dengan
mengetahui dua bahasa seseorang itu sudah boleh menterjemah. Sebenarnya itu
adalah pandangan yang kurang tepat. Untuk menjadi seorang penterjemah ianya
memerlukan kriteria- kriteria tertentu
antaranya adalah:
Mengetahui bahasa sumber secara mendalam. Bahasa sumber
ialah bahasa asal yang hendak di terjemahkan ke bahasa sasaran. Contohnya jika
kita ingin menterjemah buku meleyu ke bahasa
arab, maka melayu adalah bahasa sumber dan arab adalah bahasa sasaran. Kedua-
duanya sangat penting bagi seorang penterjemah untuk di ketahui secara
mendalam. Mungkin persoaln yang bermain di fikiran sesetengah orang ialah
mengapa seseorang penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam?
Ini adalah kerana supaya membolehkan seseorang penterjemah mengetahui selok-
belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat membezakan makna
yang terkandung dalam teks asal dan dengan itu mentakrifkan dan mentafsirkan
maksudnya dengan tepat.
Selain itu, mengetahui bahasa
sasaran atau penerima secara mendaalm. Menurut pakar penterjemah, seseorang
penterjemah harus menguasai bahasa penerima lebih baik dari bahasa sumber atau
sekurang- kurangnya ia mengetahui bahasa sasaran sama baiknya dengan ia
mengatahui bahasa sumber. Mengetahui bidang atau subjek yang akan di
terjemahkannya. Pengetahuan seseorang penterjemah bidang yang akan di
terjemahkanya ialah untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung
dalam teks dapat di pindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber
ke dalam bahasa penerima. Kerana ianya penting untuk penterjemahan teks- teks
khusus, teknik dan penterjemahan karya- karya sastera.
Di samping itu, kriteria seterusnya
ialah mengetahui teori terjemahan. Dalam menterjemah ianya perlu ada teori dan
kaedah ilmiahnya sendiri. Kita bukan hanya memindahkan perkataan sahaja tetapi
memindahkan idea, maklumat dan gaya. Seseorang penterjemah memerlukan bantuan
ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa
menjalankan penerjemahan. Mengetahui sasaran pembaca. Ini juga perlu bagi
seseorang penterjemah untuk di ketahui. Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca
sasaran dan laras bahasa juga perlu di jaga.contohnya jika sasarannya ialah
kanak- kanak, maka laras bahasa yang di gunakan mestilah sesuai dengan kanak-
kanak tersebut.
Selain itu, terdapat juga syarat
tambahan yang perlu ada pada seseorang penterjemah iaitu mempunyai fikiran yang
terbuka dan pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang. Untuk menjadi
penterjemahan juga perlu mempunyai ingatan yang baik serta kuat di samping
mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penterjemahan ini. Jika seseorang
itu tidak mempunyai minat hanya sekadar untuk menghilangkan kebosanan maka ia
tidak akan mendapat hasil yang baik melalui penterjemahannya. Selain itu juga
yang paling utama dan penting adalah jujur dan amanah dalam melakukannya.
kerana untuk menjadi seorang penterjemahan seseorang itu memerlukan kesabaran
yang tinggi. Jika kita ikhlas dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara pasti
hasil yang di lakukan akan sempurna dan di berkati Allah s.w.t.
Tugas menterjemah bukannya tugas
yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan
kebolehan sebelum berupaya menterjemah
sesebuah teks dengan baik dan sempurna. Semua syarat ini tidak mungkin
dapat di penuhi dengan mudah. Semua ini boleh di capai jika penterjemah rajin
berusaha, rajin belajar dan berlatih. Barulah boleh menjadi penterjemah yang
berjaya.
created by :
Haslina bt Jaafar
Haslina bt Jaafar
No comments:
Post a Comment