Terdapat lebih dari sepuluh jenis-jenis terjemahan yang boleh
dilakukan, secara umum ialalah terjemahan secara lisan dan bukan lisan.
Tejemahan lisan merupakan terjemahan secara cepat dan langsung dan penterjemah
disyaratkan berkemampuan bercakap dalam bahasa sumber dan bacasa sasaran secara
fasih dan lancar. Manakala terjemahan tulisan pula merupakan terjemahan yang
dilakukan secara bertulis dan kefasihan berbicara tidak menjadi syarat mutlak
dalam proses ini.
Terdapat juga jenis terjemahan
yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Terjemahan ini
dinamakan terjemahan Intralinggual iaitu terjemahan yang dilakukan dalam satu
bahasa saja tetapi mempunyai pelbagai viriasi. Contohnya dari satu dialek ke
dialek yang lain seperti ghoda, gerek, speda yang membawa maksud basikal.
Perkataa2 tersebut kebiasaannya digunakan mengikut negeri2 yang tertentu.
Contoh yang lain seperti terjemahan bahasa kasar ke bahsa yang lebih halus
seperti ayat “ weih..!! kau neh asek melahap ja..sekali sekala bawak la
berpuasa pulak ”. bila diterjemahkan ke bahasa yang lebih lembut ia menjadi “
eh, awak asik makan je.. cuba la puasa pula ”. so secara tidak sedar kita juga
dikategorikan sebagai penterjemah yang mahir dalam terjemahan Intralingual.
Setrusnya saya akan membincangkan mengenai terjemahan yang di fokus
kan dalam subjek ini. Proses terjemahan ini dinamakan Interlingual. Iaitu oterjemahan dari satu
bahasa ke bahasa yang lain, yang mana secara zahirnya ia berbeza dari segi
sifat karakter dan strukturnya. Contohnya seperti terjemahan Bahasa Arab kepada
Bahasa Jepun, dan sebagainya.
Sebarang bentuk pertanyaan lanjut boleh la korang tingaikan
komen..^_^ setakat nie saja pengkongsian untuk kali nie.
created by :
Nurul Ain
No comments:
Post a Comment