Teori fungsi
ayat. Ayat mempunyai 2 fungsi iaitu bentuk dan fungsi. Seperti contoh ayat “
Amir boleh ambikkan saya buku di atas meja itu ? “. Bentuk ayat dalam
pertanyaan dan fungsinya adalah suruhan. Ayat terbahagi kepada 3 jenis iaitu
ayat maklumat ( informatif ), ayat perasaan ( emotif ) dan ayat arahan (
imperatif ).
Ayat Maklumat adalah paling banyak
di terbitkan, baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Fungsi bahasa yang
paling penting adalah sebagai pengantar maklumat. Tujuan ayat maklumat ialah
untuk memberitahu sesuatu. Ia juga terdiri daripada ayat pengisytiharan,
pengumuman dan pemberitahuan. Seperti contoh “ Di maklumkan bahawa pelajar
tahun 1 di wajibkan menyertai pertandingan melukis “.
Seterusnya beralih pula kepada Ayat
Arahan. Ayat arahan adalah untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah.
Sebagai contoh “ Can you open the door, John ?”. Ayat ini ialah ayat suruhan
bukan ayat soalan. Oleh itu, terjemahan yang sebetulnya ialah “ tolong bukakan
pintu, John. bukannya bolehkah awak buka pintu itu, John ? “. Ayat arahan juga
ialah jenis kedua yang banyak di terbitkan oleh manusia. Terdapat dalam pelbagai
jenis dokumen seperti dokumen undang- undang teks sains dan sebagainya.
Selain itu, ayat perasaan seperti
dalam kajian makna, sejenis ayat yang sukar di terjemahkan antara puncanya
ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai emotif sendiri. Ayat perasaan
mengambarkan perasaan yang di alami oleh seseorang. Tidak mengandungi maklumat
dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Ciri utama
perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat- ayat
itu, sebagai contoh “ Alangkah gembiranya saya hari ini”.
Ayat Bahasa Arab. terdapat beberapa
cara untuk membahagikan ayat. Pembahagian tersebut berdasarkan tujuan atau
maksud penutur atau juga boleh di panggil pembahagian nafsi ( al- tasnif al-
nafsi )iaitu pembahagian berdasarkan struktur ayat serta berdasarkan
tujuan penutur. Ayat bahasa arab dapat di bahagikan kepada ayat maklumat.
Jumlah istifhamiyah dan ayat takjub, seperti ayat maklumat di gunakan oleh
penutur untuk memberitahu sesuatu
maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya.
Manakala jumlah istifhamiyah di gunakan untuk bertanya atau menyoal tentang
sesuatu perkara seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan
sebagainya. Ayat takjub pula di gunakan untuk menunjukan rasa kagum atau
takjub.
Sebagai kesimpulannya semasa
menterjemah, fungsi ayat perlu di beri perhatian yang sebaiknya agar makna yang
di kehendaki oleh teks asal dapat di pindahkan kepada bahasa sasaran dengan
baik dan tepat.
Haslina bt Jaafar
No comments:
Post a Comment